Tarikh PRU15: MCA Rayu PM Tidak Lupa Bincang Dengan Komponen BN
Tarikh PRU15: MCA Rayu PM Tidak Lupa Bincang Dengan Komponen BN
MCA sedia menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan lima pimpinan tertinggi atau ‘Top 5’ UMNO berkaitan keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong merayu Perdana Menteri agar turut berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemenangan parti itu.
“Namun, saya merayu kepada Perdana Menteri supaya berbincang dengan komponen parti bersama kerana kita bukan sahaja nak UMNO menang, kita juga nak MCA menang, MIC menang, kita nak PBRS menang dan kita nak kemenangan mutlak itu agar kita dapat mentadbir negara kita selepas PRU15,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden MCA sempena Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka WTC di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, MCA mengulangi pendirian untuk menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Perdana Menteri mempunyai kepimpinan yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia.
“Selaku Presiden MCA, saya ingin mengulangi pendirian kita iaitu MCA menyambut baik dan menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai panglima atau ‘ikon’ dan terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.
“Kepimpinan Perdana Menteri yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia adalah sesuatu yang baik untuk negara yang didiami masyarakat majmuk seperti Malaysia.
“Semangat kebersamaan inilah yang menguatkan kita dan mewujudkan kestabilan. Pencapaian baik Barisan Nasional selama mentadbir negara selama ini juga perlu kita pertahankan dan tambah baik lagi. inilah elemen yang tidak ada dalam parti pembangkang,”ujarnya.
Justeru, katanya MCA akan terus bekerja kuat untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15 nanti.
“Kami komited untuk bertungkus-lumus meraih undi di PDM-PDM (pusat daerah mengundi) yang pengundinya majoriti Cina tidak kira siapa pun calon Barisan Nasional sama ada dari UMNO mahupun MIC, begitu juga PBRS di Sabah, ” tegasnya.-AA
Tarikh PRU15: MCA Rayu PM Tidak Lupa Bincang Dengan Komponen BN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin