Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya

Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak pasti wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang mahu menjatuhkan beliau.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, ia termasuk usaha mengumpulkan akuan bersumpah (SD) untuk diserahkan kepada kepimpinan PKR Pusat.



Bagaimanapun, katanya, keadaan itu biasa berlaku dalam politik dan beliau tidak terkesan dengannya.

“Saya tidak tahu pasal SD atau perkara (gerakan) itu. Saya tidak dimaklumkan mengenainya.

“Ini perkara biasa dalam politik dan jika perkara itu berlaku, saya yakin itu semua ketentuan ALLAH SWT,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Rabu.

Aminuddin berkata, apa yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama dalam keadaan Covid-19 masih belum reda.



Beliau juga yakin isu itu dapat diselesaikan secara baik.

“Kumpulan ini pun selalu kita jumpa. Ada juga mesyuarat MPN, bukan langsung tidak ada. Jadi saya rasa tidak ada masalah, cuma sedikit salah faham yang boleh dibetulkan,” jelasnya.

Ahad lalu dilaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Aminuddin.

Menurut mereka, Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) di negeri ini untuk terus kekal memerintah. Sinar



Aminuddin tak tahu ada usaha kumpul SD untuk jatuhkannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker