Ismail minta kementerian percepat projek pembangunan

Ismail minta kementerian percepat projek pembangunan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya semua kementerian mempercepat projek pembangunan.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara, pagi tadi.

Menurut Ismail Sabri, projek-projek pembangunan amat penting kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.

”Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara pagi ini, saya meminta Kementerian-Kementerian mempercepatkan projek pembangunan.

Baca artikel berkaitan: KPLB, Kerajaan Sarawak bekerjasama bangun sistem data raya projek pembangunan

“Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan.

“Intervensi segera akan diambil oleh agensi-agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana memberi kesan kepada projek pembangunan,” jelas beliau. Utv

Ismail minta kementerian percepat projek pembangunan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker