Roslan Aziz tunjuk tanda positif, selesai jalani sesi kemoterapi

Sopphilea (kiri) ketika ditemui di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PETALING JAYA – Isteri kepada penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor Roslan Aziz iaitu Sopphilea Hamid memaklumkan keadaan suaminya semakin menunjukkan perubahan positif selepas enam kali melakukan sesi rawatan kemoterapi.

Ujar Sopphilea, Roslan, 60, baru sahaja selesai menjalani kemoterapi untuk kali keenam (terakhir) di Hospital Ampang, Selangor pada minggu lalu dan telah menunjukkan respons positif selepas rawatan.

“Abang Lan (panggilan suaminya) baru lengkap menjalani kemoterapi pada minggu lepas dan sedang menunggu keputusan selepas sesi rawatan.

“Alhamdulillah, selepas rawatan, suami mula menunjukkan reaksi yang amat positif, walaupun dirinya sudah tidak seaktif seperti sebelum ini. Namun sekurang-kurangnya dia sudah boleh berjalan dan makan seperti biasa,” katanya kepada Kosmo! Online.



Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, sebelum Roslan mendapatkan rawatan kemoterapi selepas disahkan menghidap kanser limfoma pada Disember tahun lalu, keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu untuk berjalan.

“Sebelum melakukan sesi kemoterapi bermula Januari lalu, abang Lan tidak boleh berjalan dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.

“Malah berat badannya juga turun dengan mendadak sebanyak 30 kilogram. Tetapi selepas lengkap melakukan kemoterapi, alhamdulillah keadaanya semakin baik. Malah berat badannya juga semakin bertambah,” katanya.

Ketika ditanya tentang perasaan Roslan sewaktu mula-mula mendapat tahu dirinya menghidap kanser limfona, Sopphilea memberitahu suaminya sedikit terkejut, namun memiliki semangat yang kuat untuk terus berjuang.



Kata Sopphilea, dirinya bersama anggota keluarga yang lain juga perlu kuat untuk terus memberi sokongan kepada Roslan supaya tidak mengalah dan terus berjuang melawan kanser.

“Abang Lan sebelum ini seorang yang aktif. Tapi bila tiba-tiba sakit sejak November tahu lalu, banyak yang berubah. Bagaimanapun saya sebagai isteri harus sentiasa memberi semangat untuknya terus berjuang.

“Buat masa sekarang, Abang Lan berehat seketika daripada dunia muzik. Usianya juga sudah 60 tahun. Ada pesakit kanser lain yang jauh lebih muda daripadanya telah diuji dengan kanser. Kami terima dan pada masa sama ikhtiar,” katanya ketika ditemui di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Pada acara yang berlangsung semalam, Roslan telah menerima Anugerah Legend MeleTOP yang diwakili oleh isterinya.



“Abang Lan terkejut juga atas penganugerahan ini selepas berpuluh-puluh tahun terbabit dalam industri muzik. Dia mengucapkan terima kasih pada semua,” kata Sopphilea.

Terdahulu, bekas juri program Malaysian Idol itu mengejutkan ramai pemain industri selepas memaklumkan dirinya kini menderita akibat kanser limfoma tahap empat sejak Disember tahun lalu.

Malah, bekas suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Shiela Majid itu menerusi satu temu bual dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini memaklumkan doktor menjangkakan tempoh hayatnya cuma akan bertahan sehingga enam bulan sahaja.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker