Pelawat dan Pak Guard Hospital Termerloh bergaduh disiasat polis

Tangkap layar video pergaduhan yang berlaku di pekarangan Hoshas.

TEMERLOH – Dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad menyebabkan tercetusnya pergaduhan antara orang awam dan pengawal hospital di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 10 saat yang tular hari ini memaparkan kekecohan di hadapan bangunan utama Hoshas susulan pergaduhan antara beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu bermula selepas seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan beberapa pelawat hospital yang menjaga pesakit.

“Kejadian berpunca daripada pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan hospital yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di Wad Kenanga 14.



“Susulan itu pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan ekoran daripada kejadian tersebut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian pergaduhan berkenaan dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Orang ramai juga digesa untuk menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pergaduhan kepada pihak polis dengan menghubungi bilik gerakan daerah atau mana-mana balai polis yang berdekatan,”ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker