Bom mortar perang dunia kedua ditemui dalam longkang

Bom mortar 40mm yang ditemui oleh pekerja binaan dalam sebuah longkang di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur. Gambar – PDRM

KUALA LUMPUR – Penduduk di Taman Pusat Kepong di sini terkejut dengan penemuan sebutir bom mortar berkaliber 40 millimeter (mm) dalam longkang di kawasan berkenaan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, bahan letupan era perang dunia kedua itu ditemui oleh pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja binaan di situ sekitar jam 12.30 tengah hari sebelum menghubungi polis.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Pegawai UPB mengesahkan bahawa objek tersebut ialah sebutir bom jenis peluru mortar latihan 40mm berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Eng Lai memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati bahan letupan tersebut tidak lagi aktif dan dihantar ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan susulan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Orang ramai dinasihati segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objekmencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker