Bubar Segera Parlimen Sebelum Lebih Banyak Harta Rakyat Dijual

Oleh Nurul Aisyah

KEMBALIKAN semula kegemilangan negara kita dengan bubarkan parlimen dan beri laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15(PRU-15). Kerajaan campuran yang ada sekarang tidak akan mampu menarik pelaburan asing untuk kukuhkan ekonomi negara. Akhirnya kita terpaksa menjual lebih banyak aset.

Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura 3000 Pte Ltd memeterai memorandum perjanjian (MoA) untuk penjualan kapalnya, dikenali sebagai Sapura 3000, dengan nilai USD71.50 juta (RM312 juta).



MOA itu untuk menjual kapal pasang paip dan kren yang ditandatangani pada Jumaat lepas dengan Safeen Feeder Company – Sole Proprietorship LLC, sebuah syarikat dalam Abu Dhabi Ports Group.

Berapa banyak lagi aset negara yang akan dijual atas kelemahan kerajaan campuran yang tidak mampu mampu tingkatkan ekonomi.

Menurut Forbes, sektor perkhidmatan minyak dan gas dunia sudah mula berkembang pesat (atau boom) dengan keuntungan yang tinggi bagi tempoh yang agak lama.

Permintaan bagi sektor ini jauh melebihi bekalan dan ianya akan semakin susah untuk syarikat pengeluar minyak dan gas global mencari perkhidmatan serta peralatan yang diperlukan, yakni “tight market”.



Oleh itu, kita patut selamatkan ekosistem perkhidmatan minyak dan gas Malaysia agar Petronas serta pengeluaran minyak dan gas kita tidak menghadapi masalah pada tahun-tahun mendatang terutamanya jika masalah sekarang hanyalah sekadar masalah tempoh jangka masa pendek iaitu sekadar kekurangan modal kerja sementara.

Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib merayu agar kita jangan pecah-belahkan sektor kita dan janganlah aset-aset serta peralatan yang semakin dicari dunia dijual kepada orang asing.

Petronas juga perlu faham dan berlaku adil sebab jika satu-persatu vendor tempatan tumbang, akhirnya Petronas sendiri juga akan menghadapi kesusahan.

Menurut desas desus, penjualan aset Sapura ini didalangi “tangan ghaib” yang sengaja mahu Sapura berada dalam keadaan terdesak agar aset-aset mereka dijual pada harga yang sangat rendah.



Potensi pembeli yang merupakan proksi kepada “tangan ghaib” ini sedang tunggu masa yang sesuai untuk membeli aset-aset tersebut. Kemudian aset-aset tersebut akan dijual dipasaran pada harga yang jauh lebih tinggi.

Jika Sapura diselamatkan maka agenda “tangan ghaib” untuk “merompak” harta negara ini akan gagal. Rakyat sedang melihat siapa yang sangat menentang Sapura diselamatkan maka mereka inilah yang bersekongkol dengan “tangan ghaib” tersebut.

Sapura merupakan permata negara yang mampu menjana ekonomi rakyat dengan sangat besar pada masa terdekat. Jangan biarkan kerakusan kumpulan tertentu untuk “merompak” aset negara terlaksana.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker