Covid-19: 1,325 kes baru, 4 lagi kematian

Sebanyak 1,325 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,505,059.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 23,779, turun 22 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (611)
  • Kuala Lumpur (218)
  • Pulau Pinang (94)
  • Perak (82)
  • Johor (51)
  • Kedah (50)
  • Negeri Sembilan (48)
  • Melaka (41)
  • Sabah (41)
  • Putrajaya (35)
  • Sarawak (14)
  • Kelantan (13)
  • Pahang (13)
  • Terengganu (11)
  • Perlis (3)
  • Labuan (0)

Sebanyak empat lagi kematian dicatatkan, dengan satu kes kematian dilaporkan ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan.

Sepanjang minggu lalu, purata 3.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 4.1, yang menunjukkan trend penurunan.

Sejak permulaan penularan wabak itu pada Mac 2020, sejumlah 35,669 kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan.

Terdapat sebanyak 122 kematian dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, jumlah kematian bulan lalu adalah sebanyak 564 orang manakala 2,235 kematian pada bulan Mac.

Daripada jumlah empat kematian semalam, dua dilaporkan di Kedah manakala mansing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 954 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 32 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker