Pengarah Bukit Aman dan bekas diplomat disaman pegawai cawangan khas

PETALING JAYA: Seorang pegawai Cawangan Khas (SB) memfailkan dua saman fitnah secara berasingan terhadap seorang pengarah kanan Bukit Aman dan bekas diplomat kerana menuduhnya membuat tuntutan palsu.

Azwan Jamaldin didakwa membuat beberapa tuntutan palsu berjumlah RM63,704 bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan pegawai perhubungan polis Malaysia di Pontianak, Indonesia.

Saman itu, yang menamakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Ramli Din serta bekas konsul Malaysia ke Pontianak, Mohiuddin Ghazali sebagai defendan, difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu.



Berdasarkan writ saman itu, Azwan mendakwa Mohiuddin “secara palsu dan berniat jahat” telah menulis dan menerbitkan kenyataan berbentuk fitnah mengenainya menerusi e-mel antara 23 Dis 2020 dan 8 Mac 2021.

Mohiuddin didakwa menulis e-mel kepada seorang pegawai Wisma Putra pada Ogos 2021 untuk menggesa pasukan petugas menyiasat tuntutan perbelanjaan Azwan.

Pasukan petugas itu kemudian mengesahkan Azwan telah memalsukan tuntutan berkenaan.

Beliau turut mendakwa Ramli menulis surat yang didakwa berunsur fitnah pada 23 Mac 2021, berdasarkan dakwaan Mohiuddin dan menghantarnya kepada beberapa pegawai tertinggi polis.



Mereka termasuk bekas pengarah Cawangan Khas, Mohamed Farid Abu Hassan; Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Cheong Koon Kock; Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas, Aida Abdul Hamid; dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Hamid Bador, serta kerajaan.

Azwan yang menuntut ganti rugi daripada defendan, mendakwa disebabkan tuduhan itu, reputasinya sebagai anggota polis tercemar teruk dan beliau tidak dinaikkan pangkat.

Peguam Azwan, M Manoharan mengesahkan beliau memfailkan saman itu bagi pihak anak guamnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu.

“Defendan telah memfailkan kehadiran mereka sebagai defendan.



“Semasa pengurusan kes, mahkamah meminta Ramli memfailkan pembelaannya sebelum 15 Jun, manakala pengurusan kes melibatkan Mohiuddin pada 3 Jun,” katanya kepada FMT.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker