“Pemandu Teksi Terbabas” – Penyanyi Naqiu Kemalangan, Kereta Remuk Teruk

“Pemandu Teksi Terbabas” – Penyanyi Naqiu Kemalangan, Kereta Remuk Teruk

PENYANYI Naqiu mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, kira-kira jam 8 malam semalam.



Naqiu menerusi akaun Instagramnya menceritakan tentang kemalangan tersebut yang berlaku sekelip mata.

“Dugaan… Ada pemandu teksi dari arah bertentangan terbabas ke pembahagi jalan dan terus merempuh kereta kami di Desa Pinggiran Putra dalam jam 8 malam tadi,” maklumnya.

Bagaimanapun Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib bersyukur kerana dia dan pegawai perhubungan awam (PR) syarikat pengurusannya, Izzwan Shahzerill tidak mengalami kecederaan serius.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Saya perasan beg udara terkeluar dan kereta berasap. Saya tak tahu nak buat apa dan hubungi siapa. Memang terkejut dan ‘blur’.

“Beberapa minit selepas itu baru saya menghubungi pengurus dan memaklumkan keadaan kami. Alhamdulillah, kami tidak ada kecederaan serius. Tapi, muka saya macam sengal-sengal, dada dan kaki kanan sakit,” katanya kepada Harian Metro.



“Alhamdulillah saya dan pemandu cuma cedera ringan. Tetapi kereta agak teruk,” coretnya.

Difahamkan ketika kejadian, Naqiu dalam perjalanan pulang dari sesi latihan untuk persembahan Anugerah MeleTOP ERA (AME2021) yang bakal berlangsung malam esok.

“Kami buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.HM/AA

“Pemandu Teksi Terbabas” – Penyanyi Naqiu Kemalangan, Kereta Remuk Teruk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker