Sering dihina keluarga bakal suami, bakal isteri zahirkan rasa terkilan

PETALING JAYA – Seorang bakal pengantin perempuan menzahirkan rasa sedih apabila dia selalu dihina kekasihnya dan keluarga lelaki itu.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter, wanita itu mengakui hidupnya kini tertekan apabila keluarga lelaki sering campur tangan terutama dalam urusan persiapan perkahwinan mereka.

Lebih menyedihkan, lelaki itu juga sering menjaga perasaan keluarganya berbanding hatinya.

“Dah banyak makan hati sampai tak rasa nak kahwin. Apa jadi kalau keluarga dia banyak mengata buruk pasal saya, tapi dia masih menangkan keluarganya,” luah gadis itu.

Susulan daripada itu, hantaran tersebut meraih simpati orang ramai yang turut memberikan nasihat kepada wanita tersebut.

“Angkat kaki sekarang adik, perkahwinan bukan mudah. Awak perlu melindungi diri awak, nanti susah dah nak angkat kaki,” komen Nabiha.

“Perkahwinan bukan senang, lebih-lebih lagi keluarga mentua yang tidak sekepala dengan kita. Sepatutnya suami kena lindungi kita. Jangan teruskan,” kata Melissa.

“Alang-alang belum kahwin boleh batalkan. Ingat ya, kahwin bukan dengan dia seorang, dengan keluarga dia juga. Sila cari lain demi kebahagian masa depan sendiri,” tulis Alia Sabarina

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker