Persatuan OKU dikencing RM100,000

PETALING JAYA: Sebuah persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kedah mengalami kerugian RM100,000 selepas diperdaya individu menerusi urusan jual beli kereta secara dalam talian dalam kejadian pada Mac lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Elias Omar, mangsa yang juga seorang lelaki berusia 31 tahun yang bertugas sebagai sukarelawan di persatuan itu mahu membeli kereta Toyota Voxy dan berurusan dengan individu terbabit melalui aplikasi Facebook (FB), di Pendang.

Beliau berkata, dia mahu membeli kereta terbabit untuk kegunaan persatuan kerana ia mempunyai kerusi automatik sebelum melihat akaun FB terbabit yang menjual pelbagai jenis kereta import terpakai.

“Mangsa kemudian berminat untuk membeli kereta berkenaan untuk kegunaan persatuan OKU terbabit. Selepas itu, dia berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa diminta membuat pembayaran dan pindahan wang secara berperingkat ke akaun bank yang diberikan oleh suspek, sekitar April dan Mei ini.

Elias berkata, jumlah keseluruhan yang dibayar adalah sebanyak RM100,000.

“Penipuan ini mula disedari mangsa selepas suspek berjanji akan menyerahkan kereta itu kepadanya, namun sehingga kini suspek mendiamkan diri dan gagal dihubungi.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang pada 23 Mei lalu selepas menyedari ditipu.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker