Hamzah rayu pemimpin Bersatu ganti jawatan menteri Zuraida

Portfolio kementerian perladangan dan komoditi akan diisi oleh pemimpin Bersatu apabila Zuraida Kamaruddin keluar daripada parti itu secara rasmi, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata ini berikutan bilangan jawatan kabinet yang disandang Bersatu telah dipersetujui antara presiden parti Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Bermakna, jika Zuraida digugurkan daripada Bersatu maka tempatnya itu akan digantikan oleh seseorang dari Bersatu seperti yang dicadangkan presiden parti untuk menjadi menteri yang mewakili Bersatu,” katanya seperti dipetik Bernama.



Zuraida awal hari ini mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan berkata dia akan membincangkan peletakan jawatannya daripada kabinet dengan Ismail Sabri.

Dakwaan sebelum ini bahawa dia terlibat dalam PBM telah menyebabkan Bersatu memulakan siasatan tatatertib terhadapnya.

Ini memandangkan sebilangan besar sekutu Zuraida di dalam dan luar Bersatu telah menyertai PBM.

Hamzah, yang merupakan setiausaha agung Bersatu, berkata ahli parlimen Ampang itu telah memberitahu parti itu dalam surat pada 23 Mei bahawa dia bukan ahli PBM.



Hamzah menambah bahawa peletakan jawatan Zuraida daripada Bersatu masih belum rasmi, tetapi dia telah disingkirkan daripada majlis tertinggi parti.

“Saya berpendapat, beliau telah menunjukkan sikap sebenarnya. Beliau tidak hadir beberapa mesyuarat parti, iaitu lebih daripada enam mesyuarat,“ kata Hamzah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker