Setelah balun UMNO, kini Hadi mahu PAS kekal hubungan baik MN

PETALING JAYA: PAS akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negeri lain walaupun hanya Selangor yang menunjukkan “kemesraan” dengan parti itu, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Katanya, parti itu akan mengusahakan kerjasama bagi mengelak pertembungan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, PAS akan terus berusaha mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Januari lalu, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, berkata Umno negeri mengambil keputusan tidak lagi bersama PAS negeri itu menerusi MN, berkuat kuasa serta merta.

Pada November tahun lalu, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said, terlebih dulu mengambil pendirian menolak kerjasama dengan PAS negeri menjelang PRU akan datang

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Azlan Man pada 23 Mei lalu berkata, Umno dan BN negeri bersedia bergerak solo tanpa membabitkan kerjasama PAS, sambil menegaskan tiada kerjasama politik antara BN dan PAS di negeri berkenaan.

Ketika ini, Umno Selangor saja yang menunjukkan “kemesraan” dengan PAS. Ketuanya, Noh Omar, mahu kerjasama dengan parti itu diteruskan, namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan bagi keputusan muktamad.

Sementara itu, Hadi ketika ditanya berhubung pengagihan kerusi berkata, PAS mempunyai formula bagi mengelak pertembungan pada PRU.

Secara dasar, katanya, perbincangan pengagihan kerusi itu telah dilakukan, namun masih belum dimuktamadkan.

“Justeru, PAS akan terus terus memperkukuhkan PN dan dan MN,” katanya memetik laporan Astro Awani.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker