Khir Toyo bakal buat kemunculan semula, tebus maruah UMNO di Sungai Besar

Bukan sahaja Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tetapi bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo turut disebut-sebut sedang berusaha untuk kembali ke dunia politik.

Mohamad Khir, bekas ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang dikatakan mahu bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar dan difahamkan beberapa gerak kerja sudah dijalankan untuk memenangi hati rakyat di kawasan itu.

Mengukuhkan keadaan itu, beliau pernah menyatakan hasrat untuk kembali ke arena politik dan mahu merebut jawatan Ke­tua UMNO Bahagian Sungai Besar daripada penyandangnya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Mohamad Khir dalam satu laporan berkata, penerimaan masyarakat di Sungai Besar masih positif selain beliau boleh menggunakan pengalaman untuk membantu Selangor bangkit selepas kalah tiga penggal dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Pada 25 April lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Se­langor, Tan Sri Noh Omar berkata, mana-mana individu termasuk Mohamad Khir berhak membuat keputusan sama ada ingin me­nyertai politik.

“Dalam politik bebas, siapa nak comeback ke, nak datang ke biarlah ahli menentukan. Kalau di Sungai Besar, biar ahli bahagian tentukan, kalau dalam pilihan raya, biarlah rakyat menentukan,” kata Noh ketika itu.

Bagi Tengku Zafrul pula, Jamal secara jelas sanggup memberi laluan kepada Menteri Kewangan itu untuk bertanding Parlimen itu tetapi setakat ini belum ada perbincangan.

“Saya memang secara terbuka kali ini untuk menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Parlimen dan yakin boleh menang tetapi saya bermuhasabah diri, seperti saya katakan keputusan meletakkan calon adalah hak mutlak pucuk pimpinan parti.

“Jadi jangan hanya merebut untuk menjadi calon, tetapi yang penting mesti menang.

“Saya hanya memikirkan kalau ikut percaturan, parti boleh melihat Tengku Zafrul boleh menang dan bukan semestinya di Sungai Besar, contohnya di kawasan Selangor atau lain-lain.Why not kalau di Sungai Besar, nama saya tidak boleh menang, jadi bagilah kepada orang yang boleh menang,” kata Jamal.- UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker