Kajian International Republic Institute (IRI) hanya 22 peratus respons ‘tidak suka’

KAJIAN oleh International Republic Institute (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendapati 62 peratus responden pelbagai kaum menandakan ‘suka’ untuk pentadbiran Ismail Sabri Yaakob. – PMO

ANTARA agenda penting yang dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO baru-baru ini adalah kelulusan pindaan perlembagaan parti itu. Kelulusan ini dibuat bagi memudahkan UMNO untuk bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pindaan tersebut dibuat atas alasan kononnya untuk mengelak perpecahan dalam hierarki parti dari peringkat akar umbi sehinggalah peringkat pusat serta memantapkan jentera UMNO.

Bukan sahaja pindaan perlembagaan UMNO itu mendapat reaksi bercampur baur dan mencetuskan polemik dalam kalangan segelintir pemimpin dan ahli yang berpengaruh, bahkan turut mengundang pelbagai komen daripada politikus tempatan. Antara yang tular dalam media sosial adalah kononnya pindaan tersebut bertujuan menyelamatkan beberapa pemimpin utama parti. Ada pula yang mendakwa pindaan tersebut diluluskan untuk menyenyapkan suara-suara yang kedengaran di peringkat atas yang boleh mencetuskan perpecahan dalam parti.

Walau apa pun reaksi dan dakwaan dilontarkan, ia tidak membawa sebarang impak terhadap kelulusan pindaan tersebut. Yang jelas, pindaan perlembagaan UMNO tersebut telah membantu dan menyatupadukan parti bagi mendepani PRU15 yang dikatakan hanya menunggu pada bila-bila masa untuk diadakan.

Jika dilihat dari perspektif kedudukan UMNO sendiri, ia mencerminkan parti berkenaan masih stabil dan barisan pemimpin serta ahli-ahlinya menghormati pucuk kepimpinan tertinggi. Tidak timbul sebarang perebutan kuasa seperti didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini. Pendek kata, pindaan tersebut berjaya menggambarkan UMNO masih boleh menangani sebarang cabaran dan tekanan untuk kekal sebagai sebuah parti yang utuh dan dinamik dalam membela kepentingan orang Melayu.



Dalam pada itu, meskipun pindaan perlembagaan UMNO yang membolehkan parti menangguhkan pemilihan dalam parti sehingga selesainya PRU15 dilihat sebagai satu langkah yang baik dan strategik, ada segelintir pihak mendakwa ia akan memberi impak luar jangkaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Sememangnya menjadi amalan bagi presiden atau timbalan presiden parti atau gabungan parti-parti politik yang menguasai majoriti dalam Parlimen dilantik sebagai perdana menteri di negara ini. Senario ini berubah apabila Ismail Sabri yang menjawat jawatan Naib Presiden dalam parti, dilantik sebagai Perdana Menteri. Pelantikan beliau dilihat melangkaui presiden dan timbalan presiden parti sebagai satu amalan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15 atau poster boy setelah dibincangkan secara terperinci oleh MKT parti itu dan juga dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN). Susulan daripada pindaan perlembagaan UMNO, ada pihak yang menyuarakan kebimbangan sama ada Ismail Sabri akan dilantik sebagai Perdana Menteri seperti diumumkan selepas berlangsungnya PRU15? Dan ada yang bimbang apakah kedudukan Ismail Sabri dalam parti akan terus terjamin selepas pemilihan UMNO di adakan supaya beliau terus menjawat jawatan Perdana Menteri?

NEUTRAL



Dalam pada itu, satu kajian terhadap Ismail Sabri dan kepimpinan beliau yang dijalankan dalam kalangan rakyat oleh International Republic Institute (IRI) didapati amat memberangsangkan, malah mengukuhkan keputusan MKT terhadap Ismail Sabri. IRI adalah sebuah badan kajian sosiopolitik bukan kerajaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan tidak bermotif politik serta neutral. Badan ini menjalankan kajian dan menyuarakan dapatan secara bebas, berterus terang serta tidak memihak kepada mana-mana.

Dalam kajiannya, IRI mendedahkan persepsi rakyat terhadap kerajaan kepimpinan Ismail Sabri secara terperinci menggunakan responden warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tinggal di bandar dan luar bandar. Dilaporkan hampir 62 peratus responden kajian yang mewakili pelbagai kaum menandakan ‘suka’ terhadap pentadbiran beliau, termasuk 17 peratus ‘sangat suka’ dan 45 peratus ‘agak suka. Hanya 22 peratus didapati menzahirkan respons agak ‘tidak suka.’

Hampir 53 peratus responden kaum Tionghoa menyatakan ‘suka’ dengan kerajaan kepimpinan Ismail Sabri termasuk 17 peratus ‘sangat suka’ dan 36 peratus ‘agak suka.’

Dapatan kajian dalam kalangan kaum Tionghoa merupakan satu keputusan yang begitu baik, malah tidak pernah diperoleh daripada mana-mana pemimpin kerajaan kecuali Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap sebagai Mr. Clean oleh rakyat, khususnya masyarakat Tionghoa.



Sehubungan ini, keputusan MKT UMNO yang memutuskan Ismail Sabri sebagai bakal Perdana Menteri amat tepat sekali. Dapatan kajian tersebut juga jelas selaras dengan hasrat UMNO agar beliau terus menakhodai bahtera memimpin kerajaan sekiranya BN menguasai majoriti dalam Parlimen pada PRU15.

Walau apa pun, memandangkan politik adalah bersifat dinamik, marilah kita tunggu dan lihat perkembangan pentas politik negara menjelang PRU15. – UTUSAN

DATUK M. Periasamy ialah penganalisis sosial dan politik.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker