Liverpool ke suku akhir Piala FA

LIVERPOOL: Takumi Minamino mempamer aksi cemerlang dengan meledak dua gol untuk membantu Liverpool melangkah ke suku akhir Piala FA selepas mengalahkan Norwich City 2-1 di Anfield hari ini.

Bintang penyerang Jepun itu menjaringkan gol pada minit ke-27 dan 39 untuk membantu Reds menguasai perlawanan sejak awal.

Liverpool melakukan 10 pertukaran daripada skuad yang menumpaskan Chelsea ketika menjulang Piala Liga, Isnin lalu, di mana hanya ketua pasukan, Jordan Henderson dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Gol pertama Minamino hadir selepas dia menyempurnakan umpanan Divock Origi dengan melepaskan rembatan kaki kanan dari jarak dekat.

Dia kemudian menggandakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi rembatan ke penjuru kiri gawang lawan.

Norwich cuba bangkit pada babak kedua dan Lukas Rupp memberikan harapan dengan merapatkan jurang ketika permainan berbaki 14 minit.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker bagaimanapun menafikan peluang Norwich untuk menyamakan kedudukan apabila menyelamatkan percubaan Jonathan Rowe.

“Kami tidak pernah mara ke suku akhir Piala FA (di bawah bimbingan Jurgen Klopp). Kami melakukan 10 pertukaran dan ia sangat sukar apabila menentang pasukan yang bagus tetapi kami bermain dengan baik dan menjaringkan gol yang menarik.

“Takumi pemain yang menakjubkan dan malam ini adalah permainan terbaiknya bersama kami. Dia sentiasa mengancam lawan,” kata Klopp yang mempunyai peluang memburu tiga lagi trofi musim ini. – AGENSI

Liverpool ke suku akhir Piala FA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker