Loh tarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap MAIPS

Ibu tunggal Loh Siew Hong telah menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) yang campur tangan dalam kes hak penjagaan antara agama melibatkan tiga anaknya yang memeluk agama Islam secara sepihak.

Peguam kepada Loh daripada firma Gunamalar Law Chambers memfailkan notis pemberhentian di Mahkamah Persekutuan awal hari ini.

Mahkamah tertinggi negara pada mulanya dijadualkan mendengar permohonan kebenaran terhadap rayuannya esok.



Peguam J Gunamalar mengesahkan penarikan balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Maips campur tangan dalam kes jagaan di hadapan mahkamah keluarga sivil.

Semua pihak bersetuju tanpa sebarang kos dalam perkara itu, jelasnya.

“Kami percaya perkara yang paling penting ialah pada 19 Okt (perbicaraan di hadapan Mahkamah Rayuan), iaitu rayuan kami dalam perkara semakan kehakiman (terhadap usaha Loh untuk membatalkan penukaran Islam anak-anaknya oleh bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy) ,” kata Gunamalar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker