Dadah bernilai RM1.9 juta gagal diseludup dari jeti nelayan

Dadah yang ditanam di dalam pasir di kawasan Pantai Parit Penyengat, Parit Jawa, Muar dirampas PPM Wilayah Dua dalam satu operasi Selasa lalu.

Seorang warga Indonesia ditahan cuba menyeludup syabu dan pil ekstasi bernilai RM1.9 juta dari sebuah jeti nelayan ke Indonesia dengan bayaran RM5,000.

Ketua Polis Kuala Selangor, Ramli Kasa, berkata hasil maklumat awam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Selangor melakukan serbuan di sebuah jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram, 2.30 pagi Jumaat lalu.

“Hasil soal siasat terhadap suspek berusia 21 tahun menemui tiga beg plastik hitam mengandungi 56 bungkusan teh Cina berisi syabu seberat 58.9kg.

“Turut ditemui satu beg plastik berisi 3,500 biji pil ekstasi seberat 1.4kg. Semua dadah ini disembunyikan dalam semak berhampiran lokasi suspek ditahan,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di IPD Kuala Selangor.



Beliau berkata, semua dadah dianggarkan bernilai RM 1.9 juta itu merupakan rampasan dadah terbesar di Kuala Selangor tahun ini.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing suspek positif methamphetamine dan dia dipercayai masuk ke Malaysia 13 Sept lalu menggunakan pas pelancong.

“Dia kemudian ditawarkan kerja sebagai pembantu kepada seorang lagi lelaki warga Indonesia yang mana polis sedang mengesannya,” katanya sambil menambah syabu dan pil ekstasi itu mampu menampung permintaan kira-kira 120,000 penagih dadah.

Ramli berkata, suspek direman enam hari hingga 27 Sept ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker