Siapa tokong yang beliau maksudkan? Sebutlah nama – Onn Hafiz

Siapa tokong yang beliau maksudkan? Sebutlah nama – Onn Hafiz

Dakwaan Menteri Besar Kedah wujudnya ‘tokong’ dalam bola sepak tempatan atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah kurang matang dan tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandangan, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.



“Siapa tokong yang beliau maksudkan? Sebutlah nama atau individu atau organisasi. Pada masa yang sama, kalau ya pun nak buat aduan mengenai masa tambahan 10 minit JDT, pergi buat aduan dengan FAM secara rasmi.

“Tidak perlu sebarkan fitnah untuk tegangkan keadaan atau untuk menutup kelemahan sendiri. Ini penting bagi mengelak dari penyokong yang terikut emosi dan boleh mengundang padah dan insiden yang tidak diingini.

“Saya difahamkan pasukan Negeri Sembilan sendiri pun belum buat aduan rasmi,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah juga melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Besar Kedah itu.



Beliau berkata, kenyataan terbaharu pemimpin Pas itu dilihat semakin melampau dan biadap apabila menggunakan sentimen agama secara sinis.

Ia secara tidak langsung merendahkan kedudukannya sebagai seorang Menteri Besar.

“Saya melihat sukan dan bola sepak sebagai satu elemen penyatuan, tetapi dengan kenyataan dangkal Menteri Besar Kedah, inilah punca yang memecahbelahkan kesatuan dan penyatuan rakyat.

“Bola sepak tidak memerlukan pemimpin seperti ini yang hanya pandai mengeruhkan keadaan dan melaga-lagakan antara satu sama lain. Sepatutnya pemimpin yang baik menggunakan bola sepak sebagai elemen menyatupadukan semua bangsa tidak kira agama dan warna kulit.



“Sebagai seorang pemimpin dari parti Islam juga, kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau, bahkan populariti murahan seperti ini satu perkara yang menjengkelkan apabila keluar daripada mulut seorang Menteri Besar.

“Kenapa gunakan perkataan tokong? Teruk sangat atau buruk sangat ke tokong itu sehingga perlu dinaratifkan seperti itu? Kita sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama tidak sepatutnya menggunakan sentimen seperti ini. Sekarang dah tahun 2022!,” katanya dalam kenyataan.

Sebaliknya, tegas Hairi, tugas Menteri Besar bukan sibuk mengejar populariti murahan dan sibuk mengulas hal negeri lain berbanding negeri sendiri.

“Fokuslah bantu rakyat dan negeri sendiri, itu lebih baik. Saya nak tanya, berapa KDNK Kedah setakat ni? Negeri lain pun ada Menteri Besar tapi tidaklah macam ini, sungguh memalukan!” katanya.



Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum itu mengingatkan semua pihak agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam kancah bola sepak tanah air.

Beliau berkata, sukan bola sepak di negara ini bukan milik mana-mana individu tertentu sebaliknya dimainkan untuk semua golongan. MG

Siapa tokong yang beliau maksudkan? Sebutlah nama – Onn Hafiz


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker