Anak minta ibu buang bapa ke tempat sampah, risau kahwin lain

TANGKAP layar memaparkan seorang kanak-kanak perempuan meminta ibunya membuang bapanya ke tempat sampah kerana risau berkahwin dengan wanita cantik di tempat kerja. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak perempuan meminta ibunya membuang bapanya ke tempat pembuangan sampah kerana bimbang lelaki itu berkahwin lain, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @anakmamipintar.

Rakaman memaparkan seorang kanak-kanak sedang berbaring di dalam bilik sambil merengek meminta ibunya melakukan perkara sedemikian.

Kanak-kanak itu membuat permintaan tersebut kepada ibunya setelah mengetahui terdapat wanita cantik di tempat kerja bapanya.



Menurut kanak-kanak tersebut, bapanya tidak boleh bekerja dengan wanita cantik kerana risau dia akan menikah dengan rakan sekerjanya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dia takut bapanya jatuh cinta dengan perempuan cantik itu, dia takut ibunya ditinggal,’’ tulis seorang netizen.

“Overthinking sejak kecil,’’ komen netizen lain. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker