Pan-gon panggil dua tonggak baru sertai Harimau Malaya

Ruventhiran (kanan) telah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Petaling Jaya bermula hari ini. Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil dua muka baharu bagi diserapkan dalam kem latihan pusat pasukan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur bulan depan.

Pengendali import dari Korea Selatan itu mengesahkan pemain kelab Petaling Jaya City (PJ City), V. Ruventhiran dan pertahanan Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni telah dipanggil untuk bersama dalam senarai utama bagi menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari ini.

Pan-gon berkata, Ruventhiran dipanggil bagi menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), Khair Jefri Jones yang terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama kelabnya pada saingan Liga Super lalu.

“Saya memanggil Shahrul Nizam sebab mahu melengkapkan senarai pemain yang dipanggil kali ini daripada 29 kepada 30 pemain.



“Malah, saya juga boleh melihat keupayaan Shahrul dan Ruventhiran berpotensi untuk diserap dalam senarai akhir 23 pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Asia Jun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Shahrul Nizam telah dipanggil buat pertama kali Oktober lalu tetapi terlepas menyertai skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan menentang menentang Jordan dan Uzbekistan kerana masalah komunikasi dengan pasukan yang ketika itu dibimbing oleh Tan Cheng Hoe.

Sementara itu, Ruventhiran yang baru berusia 21 tahun pula mendapat panggilan pertama untuk bersama skuad kebangsaan kali ini. – KOSMO ONLINE

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker