Pemandu e-Hailing Cabul Penumpang Wanita Ditahan Polis

Pemandu e-Hailing Cabul Penumpang Wanita Ditahan Polis

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu e-hailing di sekitar bandar raya awal pagi ini yang dipercayai mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di Jalan Bakar Batu di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada jam 1.30 pagi.



Katanya kejadian berlaku semasa wanita berumur 23 tahun itu menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah di Permas Jaya selepas habis bekerja di sebuah pusat beli belah di sini, apabila pemandu e-hailing itu meminta dia supaya duduk di tempat duduk hadapan semasa dalam perjalanan, namun dia enggan berbuat demikian pada mulanya.

“Ketika kenderaan berada di Jalan Bakar Batu berhampiran simpang South Key, mangsa mengatakan terpaksa menuruti permintaan dan duduk di bahagian tempat duduk hadapan, sebelum dicabul, apabila dadanya diraba beberapa kali,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata wanita itu berjaya menolak individu terbabit, dan melepaskan diri dengan keluar daripada kenderaan, sebelum membuat laporan polis.-AA

Pemandu e-Hailing Cabul Penumpang Wanita Ditahan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker