Indonesia kembali eksport minyak sawit bermula 23 Mei

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan penarikan semula sekatan eksport minyak dan bahan mentah kelapa sawit bermula 23 Mei, Isnin hadapan, lapor laman berita Kompas, semalam.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Youtube rasmi sekretariat presiden.

“Berdasarkan tahap bekalan stok domestik yang melepasi sasaran dan penurunan ketara harga minyak masak dalam negeri, saya menarik semula sekatan mengeksport minyak masak dan bahan mentah sawit bermula 23 Mei ini.



“Keputusan ini juga dibuat selepas mempertimbangkan situasi 17 juta individu yang terlibat dalam sektor sawit negara,” ujar Jokowi.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa pemerintah akan terus memantau situasi bekalan dan harga minyak sawit dengan ketat walaupun selepas sektor eksport kembali dibenarkan.

Tambah Jokowi, selepas sekatan eksport sawit dikenakan pada bulan lalu, stok domestik yang berjaya dipenuhi adalah pada tahap 194,000 tan sebulan.

Ia meningkat banyak berbandinga stok 64,500 tan sebulan ketika penghujung Mac di saat Indonesia bergelut dengan kekurang bekalan dan lonjakan harga minyak masak.



“Kini, tahap ketersediaan stok minyak masak pasaran tempatan adalah 211,000 tan.

“Ia sudah melebihi keperluan bagi seluruh penduduk Indonesia,”ujar Jokowi.

Harga minyak masak juga sudah mulai stabil dan menurun daripada 19,800 rupiah (RM5.95) per liter kepda 17,200 (RM5.17) per liter.  – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker