De Paula tersenarai lagi buat peminat ‘hangin’

PETALING JAYA: Pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula yang mendapat kritikan hangat dari penyokong bola sepak tempatan tersenarai dalam 29 pemain yang akan memulakan latihan pusat Harimau Malaya bermula, esok.

Turut disenaraikan ialah pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa namun pemain ini sekadar melengkapkan 11 pemain dalam senarai bersedia

Pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon juga menyenaraikan sembilan pemain baharu iaitu Matthew Davies, Afiq Fazail, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Junior Eldstal, Norshahrul Idlan Talaha dan Guilherme de Paula.



Begitu juga Syahmi Safari dan Darren Lok yang tidak dapat bersama pada kem latihan pusat, Mac lalu serta Nazmi Faiz Mansor.

“Saya faham beberapa kejutan daripada senarai nama yang dipanggil dan saya mahu gunakan peluang ini untuk melihat dengan mata sendiri. Kali ini saya mahu wujudkan persekitaran kompetitif dan saya mahu lihat semua kekuatan yang kita ada.

“Saya mahu lihat dan akan menilai semua benda. Saya faham apa yang jadi di sini namun yang penting saya perlu periksa dan lihat sendiri (kemampuan pemain) depan mata,” katanya pada sidang media Pengumuman Senarai Nama Pemain ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), semalam.

De Paula boleh dianggap pemain paling ‘glamor’ dalam skuad kebangsaan selepas namanya sentiasa berada di bibir peminat setiap kali dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya.



Perjalanan De Paula ‘mencipta nama’ bersama skuad kebangsaan bermula sejak kali pertama pemain naturalisasi itu dipanggil jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Mei lalu menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berstatus pemain import, harapan besar diletakkan peminat ke atas bahu De Paula sebagai penggempur utama buat skuad kebangsaan dengan dia meledak gol sulung ketika Harimau Malaya tewas 1-4 dalam perlawanan latihan berdepan Kuwait pada hujung Mei tahun lalu.

Namun, malang buat De Paula apabila dia gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu dan hanya meledak satu gol menerusi sepakan penalti ketika Harimau Malaya tewas 1-2 di tangan Vietnam.

Kempen kelayakan itu mungkin boleh dianggap detik hitam buat De Paula apabila harapan besar peminat berubah sekelip mata dengan penyerang berusia 34 tahun itu dikritik teruk peminat khususnya di media sosial, malah, ada yang mencadangkan status warga negaranya ditarik balik. – UTUSAN



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker