Dr Wan Zawawi Meninggal Dunia

Dr Wan Zawawi Meninggal Dunia

Ahli akademik, seniman dan aktivis sosial, Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggal dunia sekitar pukul 6.47 pagi ini selepas mendapat serangan jantung.

Isteri Allahyarham, Noorshah Mohd Salleh berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Seksyen 11, Petaling Jaya semasa sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh.



Allahyarham berusia 75 tahun.

Noorshah berkata, pemergian suaminya secara tiba-tiba memang tidak disangka kerana baru semalam mereka berdua berbual-bual dan bercerita mengenai hasrat Allahyarham untuk meneruskan rawatan susulan sakit jantung.

“Baru semalam kami menonton televisyen bersama dan kami berbincang untuk membawa arwah menjalani rawatan susulan jantung.

Namun, saya redha dan percaya bahawa ajal arwah sudah sampai,” kata Noorshah kepada Astro AWANI ketika dihubungi.



Menurut Noorshah, jenazah Allahyarham suaminya akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah Allahyarham Wan Zawawi dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.-AA

Dr Wan Zawawi Meninggal Dunia



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker