Puas Pujuk Setengah Jam Minta Wanita Warga Asing Buka Pintu Bilik Hotel

Puas Pujuk Setengah Jam Minta Wanita Warga Asing Buka Pintu Bilik Hotel

ALOR SETAR: Sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil masa lebih setengah jam bagi memujuk seorang wanita warga asing membuka pintu bilik hotelnya ketika Ops Gegar di sebuah hotel di sini pada Ahad malam.

Wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks berada bersama pelanggannya dalam bilik berkenaan ketika serbuan.

Dia pada awalnya sempat membuka sedikit pintu sebelum cepat-cepat mengunci semula selepas menyedari kehadiran pegawai imigresen.

Bagaimanapun setelah sedar tidak mempunyai jalan lain untuk melarikan diri, dia akhirnya mengalah dan membuka pintu dalam keadaan lengkap berpakaian.

Wanita warga Thailand terbabit turut menyembunyikan syabu dan peralatan untuk menghisap dadah sebelum berjaya dijumpai oleh pegawai yang menggeledah bilik terbabit.

Dia dipercayai mengambil bahan terlarang tersebut untuk menambah tenaga bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menurut Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid, seramai tujuh wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 8.30 malam.

“Kesemua mereka ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza di sekitar bandar Alor Setar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mereka terdiri daripada tiga wanita warga Vietnam dan empat wanita warga Thailand.

“Kesemua wanita berkenaan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Belantek, Sik manakala pelanggan dibawa ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan,” katanya.-SH

Puas Pujuk Setengah Jam Minta Wanita Warga Asing Buka Pintu Bilik Hotel

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker