Pingat emas golf di Sukan SEA selepas 21 tahun

Pingat emas golf di Sukan SEA selepas 21 tahun

Ervin Chang menamatkan penantian selama 21 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas golf di Sukan SEA 2021 di sini, sebentar tadi. Kejayaan itu hadir selepas dia mengatasi pemain Indonesia, Amadeus Christian Susanto dalam aksi playoff tiga lubang.

Ervin tenang melakukan birdie di lubang tambahan ketiga di Heron Lake Golf Course and Resort untuk menjadi pemain Malaysia pertama muncul juara sejak pasukan lelaki dibarisi Airil Rizman Zahari, S Sivachandhran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin memenanginya dalam acara berpasukan pada 2001 di Kuala Lumpur.



Ervin sebelum itu bangkit daripada ketinggalan dua pukulan pada permulaan saingan dengan merakamkan empat di bawah par 68 bagi menamatkan saingan tujuh di bawah par 209 dengan Amadeus menyamakan kedudukan bagi mengheret aksi ke playoff.

Green rangkul Piala Tun Ahmad Sarji
Woods teruskan langkah di Masters
Harapan Woods pudar di Augusta
Bournemouth kembali ke Liga Perdana Inggeris

Pingat gangsa dimenangi pemain Thailand, Weerawish Narkprachar, satu di depan rakan senegara Arsit Areephun and Ratchanon Chantananuwat..

Sementara itu, saingan wanita menyaksikan pemain negara, Jeneath Wong meraih gangsa.



Jeneath mencatatkan 69 untuk menutup aksi tiga hari dengan keseluruhan 211, ketinggalan sembilan pukulan di belakang pemenang, Natthakritta Vongtaveelap dari Thailand.

Pemain Singapura, Aloysa Mabuta Margiela Atienza menamatkan saingan di tempat kedua untuk perak dengan catatan 209. BH

Pingat emas golf di Sukan SEA selepas 21 tahun


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker