‘Tidak Mendapat Restu Keluargnya’..Fendy Caliph Buskers Tiada Rezeki Lagi Nak Kahwin Wanita Celik

‘Tidak Mendapat Restu Keluargnya’..Fendy Caliph Buskers Tiada Rezeki Lagi Nak Kahwin Wanita Celik

Pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 31, kecewa sekali lagi apabila percintaannya dengan seorang wanita celik terkandas di tengah jalan akibat halangan daripada keluarga.

Fendy yang lebih empat tahun hidup menduda selepas rumah tangga dibina bersama Nur Nadira Rubiana yang juga anggota Caliph Buskers terlerai, berkata dia kini tidak mahu meletak harapan terhadap perkahwinan.

“Saya memang ada hasrat berkahwin dan mempunyai pasangan hidup semula dengan wanita celik dan alhamdulillah ada bercinta dengan ‘seseorang’. Tapi, sayangnya sekali lagi hubungan cinta saya dengan wanita celik buat kali kedua tidak mendapat restu keluarganya.

“Alasan, kerana keadaan diri saya (cacat penglihatan) dan mungkin pihak keluarga dia bimbang yang saya akan membebankan hidup anak mereka. Pada hal, saya sendiri yakin boleh dan mampu menyara kehidupan bersama wanita berkenaan.

“Bukan saya nak mendabik dada, tapi hakikatnya walaupun saya cacat penglihatan, namun masih boleh mencari rezeki hingga kini tanpa mendapat bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya kepada Harian Metro.

Fendy berkata bantuan JKM yang pernah diperolehnya sebelum ini pun berupa RM500 yang disalurkan selama tiga bulan mulai Ogos hingga Oktober tahun lalu. Tapi, untuk bantuan EPC itu memang tidak diterimanya walaupun segala dokumentasi sudah dibuat.

“Bagi saya, mungkin tiada rezeki nak dapat bantuan EPC itu. Tapi, saya percaya rezeki Allah ini luas dan kena rajin usaha. Jadi, saya sentiasa berusaha mencari rezeki bagi menyara kehidupan bersama anak tunggal, Nur Azalea Zafirah, 6, yang juga cacat penglihatan dan kanak-kanak autisme.

“Ditambah, sekarang sayalah ayah dan ibu kepada Nur Azalea yang perlu menjaga, mengurus dan membesarkannya sendiri. Apatah lagi, bekas isteri kini difahamkan sudah balik menetap di kampungnya di Sarawak selepas berkahwin baharu,” katanya.

Ditanya apakah dia benar-benar tidak mahu memikirkah soal jodoh, Fendy berkata sekiranya ada rezeki daripada Allah lagi, alhamdulillah. Tapi, ujarnya jika tiada tidak mengapa kerana sedar individu cacat penglihatan sepertinya sukar mendapat restu keluarga.

“Saya tidak akan sesekali berkahwin dengan wanita yang dicintai tanpa restu keluarganya. Saya tidak mahu ambil risiko menghadapi perkahwinan tidak bahagia. Dalam hidup ini, saya inginkan bahagia seperti orang lain dan tetap percaya restu ibu bapa dan keluarga sangat penting.

“Sekarang, biarlah saya fokus kehidupan bersama anak saja terutama melatih Nur Azalea cuba berdikari. Saya kena kuat serta positif untuk anak kerana dia (Nur Azalea) satu-satunya amanah besar yang Allah SWT titipkan kepada saya dan perlu mendidiknya sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Fendy berkahwin dengan Nur Nadira pada 3 Mei 2014 dan mereka dikurniakan Nur Azalea Zafirah. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 2018 dan akhirnya didedahkan pada 2020 lalu selepas dua tahun berpisah.-HM

‘Tidak Mendapat Restu Keluargnya’..Fendy Caliph Buskers Tiada Rezeki Lagi Nak Kahwin Wanita Celik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker