Dua wanita dihanyut kepala air di Gunung Suku

Dua wanita dihanyut kepala air di Gunung Suku

IPOH: Dua wanita hilang dipercayai dihanyutkan kepala air ketika aktiviti pendakian Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai bersama 27 individu lain, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa dikenali See Su Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46.

Bomba menerima panggilan kejadian jam 6.55 pagi dengan mangsa bersama ahli kumpulannya dipercayai meredah hutan untuk menghala ke puncak gunung.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi, namun mengambil masa dua ke tiga jam untuk tiba disebabkan struktur muka bumi.

“Kumpulan 27 pendaki berada di kaki gunung dengan selamat (ketika anggota tiba). Pasukan penyelamat kemudian bergerak ke lokasi dua mangsa dipercayai hilang untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan petang ini.

Jurucakap itu memaklumkan radius pencarian mangsa kira-kira lima kilometer dari lokasi akhir, dengan pasukan penyelamat menyusuri laluan air untuk menjejaki mereka. BH

Dua wanita dihanyut kepala air di Gunung Suku


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker