Pemandu Myvi positif dadah seret pekerja stesen minyak sampai parah

Pemandu Myvi positif dadah seret pekerja stesen minyak sampai parah

SEORANG pemandu Perodua Myvi yang disyaki memandu dalam keadaan khayal bertembung dengan sebuah motosikal dalam satu kejadian di Jalan Persiaran Perdana, Lebuh Saujana, Putarajaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil saringan ujian air kencing oleh bahagian Narkotik IPD Putrajaya mendapati pemandu berusia 29 tahun itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya,penunggang motosikal yang merupakan seorang pekerja stesen minyak parah di kepala selepas diseret Myvi hingga ke bahu jalan dalam kejadian pukul 3 petang itu.

“Mangsa berusia 19 tahun dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Presint 16 dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego.

“Setibanya di lokasi kejadian Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke Jenjarom, Selangor dari arah Presint 2 bertembung dengan mangsa yang datang dari arah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat pelanggaran itu, perodua Myvi dipandu juruteknik pendingin hawa terbabas lalu melanggar tiang lampu.

A. Asmadi berkata, kes kini di siasat di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Utv

Pemandu Myvi positif dadah seret pekerja stesen minyak sampai parah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker