‘Abang’ askar jilat gadis mengaku tidak salah

AMPANG – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul.

Tertuduh Zynetlee Von Zim, 27, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.

Mengikut pertuduhan bapa seorang anak itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dengan maksud mencabul kehormatan dengan cara memegang tangan kanan dan menghisap jari telunjuk mangsa.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini pukul 1.28 tengah hari pada 5 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan,  pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun peguam Adi Zulkarnain Zulkafli memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan isterinya yang baru melahirkan anak dan keluarganya berada di Sabah.



Tertuduh Zynetlee Von Zim, 27, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.

“Hari ini tertuduh hadir sendiri di mahkamah dengan jaminan polis, tertuduh dengan syarat-syarat yang dicadangkan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

“Tertuduh dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 5 haribulan setiap bulan. Memandangkan tertuduh tidak mempunyai pasport, mahkamah membatalkan syarat itu. (serahan pasport),” kata Majistert Nur Maizan.

Tarikh 12 Januari 2022 ditetapkan sebutan semula kes.



Kosmo! Online 7 Oktober lalu, melaporkan seorang Angkatan Tentera Malaysia  yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa.

Terdahulu, seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini, trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari kelmarin. – K! ONLINE

‘Abang’ askar jilat gadis mengaku tidak salah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker