Dikait projek pembangunan hutan warta, Raja Muda Selangor nafi laporan

Dikait projek pembangunan hutan warta, Raja Muda Selangor nafi laporan

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Idris Shah menafikan laporan yang mengaitkannya dengan projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Tengku Amir Shah mengongsikan di Instagram, ada kumpulan mendakwa baginda menerima manfaat daripada penyahwartaan hutan simpan berkenaan.

“Ingin beta tegaskan di sini bahawa beta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd mahupun pembangunan tersebut,” titahnya dalam hantaran itu.

NST sebelum ini melaporkan Gabungan Indah Sdn Bhd dipercayai memperoleh hak untuk membangunkan 536.7ha HSKLU bagi projek pembangunan bercampur.

Gabungan Indah syarikat subsidiari penuh Vibrantscape Sdn Bhd, yang dimiliki 100% oleh Perdana Parkcity.

Kerajaan Selangor susulan itu menangguhkan keputusan yang mencetuskan kontroversi berkenaan sehingga selesai menyemak isu-isu berkaitan yang dibangkitkan.

Sementara itu, Tengku Amir turut menyuarakan rasa terkesan dengan isu alam sekitar dan bagaimana pembangunan meninggalkan impak mendalam terhadap perubahan iklim.

Titahnya, kawasan hutan terutama paya gambut memainkan peranan penting dan nadi utama dalam penyerapan karbon bagi memastikan kadar pemanasan global dapat diatasi.

“Beta berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara tanah air kita,” menurut catatan berkenaan.

Kebanyakan kawasan HSKLU adalah tanah gambut dan menjadi lokasi suku Temuan sejak lebih 150 tahun.

Sarawak Report beberapa hari lalu mengaitkan Tengku Amir dengan satu lagi syarikat yang didakwa di sebalik keputusan untuk menyahwarta hutan simpan berkenaan.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu, Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri telah bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.

Keputusan itu menerima kritikan umum pelbagai pihak termasuk kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis serta Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN). FMT

Dikait projek pembangunan hutan warta, Raja Muda Selangor nafi laporan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker