Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih

JEMPOL, 2 Mac – EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Mustapha Nagoor memandang serius dan melahirkan rasa amat kesal terhadap perbuatan menghina al-Quran yang tular baru-baru ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut jelas menyentuh sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang berada dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
“Saya memandang serius dan amat kesal terhadap perbuatan menghina al-Quran yang tular baru-baru ini. Tindakan ini jelas menyentuh sensitiviti umat Islam, apatah lagi ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Mus menegaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan adil terhadap mana-mana pihak yang terlibat, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Tindakan yang tegas dan saksama perlu diambil supaya mesej yang jelas dapat disampaikan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap agama tidak akan dipandang ringan,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Dalam pada itu, beliau turut merujuk kepada satu lagi isu tular sebelum ini yang melibatkan kakitangan ERA FM di bawah naungan Astro Malaysia Holdings yang didakwa mempersendakan tarian kavadi masyarakat Hindu.
“Kita juga pernah menyaksikan insiden melibatkan kakitangan ERA FM yang didakwa mempersendakan tarian kavadi masyarakat Hindu. Ini membuktikan bahawa apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama atau budaya di negara ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya menghormati batas sensitiviti agama dan kaum serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan profesional.
“Saya menyeru rakyat agar bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi. Malaysia dibina atas asas saling hormat-menghormati dan perpaduan dalam kepelbagaian. Marilah kita bersama-sama mempertahankan nilai ini demi keamanan dan kesejahteraan negara,” tambah beliau lagi. – UMNO Online
Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
You must be logged in to post a comment.