Remaja pecah rekod dunia bukaan mulut paling besar

Remaja pecah rekod dunia bukaan mulut paling besar. Seorang remaja berusia 15 tahun berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness sekali lagi bagi kategori bukaan mulut paling besar.

Lapor Mirror, Issac Johnson dari Minnesota, Amerika Syarikat (AS) kali ini mampu membuka mulutnya sebesar 10.175 sentimeter (cm).

Johnson sebelum ini pernah memenangi Rekod Dunia Guinness untuk kategori sama dengan ukuran bukaan mulut sebesar 9.34 cm.

Namun, Philip Angus memecahkan rekod yang dipegang Johnson selepas mencatatkan ukuran bukaan
mulut 9.52cm pada tahun 2019.

Rakaman yang dikongsikan di laman TikTok Rekod Dunia Guinness pada bulan lalu menjadi tular dengan memperoleh lebih 90 juta tontonan.

Rakaman tu menunjukkan Johnson sedang memuatkan tin minuman Coca-Cola ke dalam mulut, diikuti dengan sebiji epal besar, botol minuman dan bola baseball.

Sebuah lagi klip video memaparkan remaja itu dapat memasukkan burger besar secara sekali gus di dalam mulutnya.

Video yang tular itu menerima lebih 160,000 komen yang membabitkan pelbagai reaksi daripada warganet.

Dalam pada itu, Johnson berkata, pencapaian itu menjadikannya popular bahkan dikenali ramai apabila berada di khalayak ramai. – AGENSI

Remaja pecah rekod dunia bukaan mulut paling besar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker