PKPD di Selangor, KL mulai Sabtu ini

PKPD di Selangor, KL mulai Sabtu ini

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan semua daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan berlaku peningkatan jangkitan kes Covid-19 di lokaliti berkenaan.



Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah terkini itu akan berkuat kuasa selama sehingga 16 Julai dengan semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di negeri Selangor dan WPKL dan mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan PKPD bersasar di lokaliti berikut, iaitu WPKL yang membabitkan PPR PPR Batu Muda; Kampung Padang Balang; Flat Sri Sabah; Kampung Puah; PPR Kampung Baru Air Panas; Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri dan Dilema) dan Kampung Batu Muda.

“Turut termasuk, PPR Kerinchi; Flat Seksyen 1 Wangsa Maju; Flat Danau Kota; Taman Ikan Emas dan Bandar Baru Sentul.

“Manakala PKPD di Selangor membabitkan Daerah Petaling merangkumi Mukim Petaling, Mukim Damansara, Mukim Sg Buloh dan Mukim Bukit Raja; Daerah Hulu Langat – Mukim Ampang, Mukim Cheras, Mukim Kajang, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat,” katanya pada sidang media perkembangan PKP, hari ini.



Jelasnya, Daerah Sepang yang terbabit PKPD adalah Mukim Dengkil, Mukim Labu, Mukim Sepang; manakala, Daerah Gombak (Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Langat dan Kuang); sementara Daerah Kuala Langat (Mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), dan Teluk Panglima Garang).

Termasuk dalam Kuala Langat adalah Mukim Morib, Mukim Bandar, Mukim Jugra dan Mukim Batu; selain Daerah Klang membabitkan Mukim Kapar dan Klang; Daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Bestari Jaya, Jeram, Tanjung Karang); dan Hulu Selangor (Mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali). HM

PKPD di Selangor, KL mulai Sabtu ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Covid-19 : From success to crisis, after a year



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker