Kadar tambang ECRL berpatutan dan mesra rakyat – Ka Siong



PUTRAJAYA – Kadar tambang bagi Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditentukan kelak adalah setara dengan kadar tambang perkhidmatan kereta api sedia ada yang berpatutan dan mesra rakyat.

Itu jaminan diberikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung kadar tambang ECRL yang sebelum ini menjadi pendebatan segelintir pihak.

Ka Siong berkata, kadar tambang itu kelak akan diselia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Jaminan itu dibuat berdasarkan fakta dan realiti projek berkenaan,” katanya menerusi satu perkongsian rakaman video di Facebook, hari ini.

Katanya, pihaknya turut menjangkakan ECRL mampu menjana trafik penumpang dan kargo yang tinggi memandangkan jajarannya melalui kawasan industri berat dan hab pembuatan selain dihubungkan dengan pelabuhan utama negara.




Ka Siong berkata, perkhidmatan penumpang turut menjangkakan permintaan penumpang yang tinggi memandangkan jajarannya akan melalui bandar-bandar utama di Pantai Timur.

Berhubung isu laluan tunggal (single-track) pula, Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat pada tahun 2019 ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan ia disifatkan memadai bagi unjuran trafik muatan kargo dan penumpang ECRL.

Berhubung dakwaan kononnya ECRL dikuasai negara asing, Ka Siong berkata, dakwaan itu sengaja dicetuskan sebagai satu propaganda berniat jahat yang berniat memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

“Untuk makluman, Malaysia Rail Link (MRL) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc.)] dan telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bagi menubuhkan syarikat usahasama dengan pemilikan 50:50.

“Melalui MOU ini, 80 peratus daripada keuntungan operasi akan dimiliki MRL dan bakinya dimiliki CCCC dan sebarang kerugian operasi akan ditanggung bersama 50:50,” katanya.




Jelas Ka Siong lagi, aset ECRL adalah 100 peratus milik Malaysia melalui MRL dan tanah-tanah di sepanjang jajaran ECRL juga adalah rizab kereta api yang tidak boleh dipindah milik.

“Saya tidak mampu mengubah tanggapan sesetengah pihak yang tetap dengan pendiriannya walaupun ia songsang, tidak tepat dan jauh terpesong daripada realiti.

“Saya di sini hanya menjelaskan perkara sebenar bersandarkan kepada fakta. Saya sedaya upaya memberi penjelasan yang mudah difahami semua pihak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.