Remaja didakwa bunuh bayi sendiri dibenar ikat jamin
Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya sementara menunggu perbicaraan kes itu.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Yaacob Md Sam, Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Hashim Hamzah membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
Yaacob berkata ikat jamin itu hanya akan berkuat kuasa selepas gadis itu selesai menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.
Dia berkata remaja perempuan berusia 15 tahun itu dan penjaminnya mesti melapor diri di Balai Polis Chukai di Kemaman, Terengganu sebulan sekali sebelum atau pada hari ketujuh setiap bulan sehingga kesnya selesai.
Hakim itu juga berkata remaja itu dan penjaminnya perlu hadir ke mahkamah, melainkan dikecualikan oleh mahkamah dan dia tidak boleh dibawa keluar negara tanpa kebenaran daripada mahkamah.
Yaacob berkata sekiranya terdapat sebarang permohonan supaya remaja itu dibawa keluar negara, permohonan itu mesti dibuat di mahkamah tempat pertuduhan itu difailkan.
Sebelum perbicaraan permohonan ikat jamin gadis itu bermula, hakim mengeluarkan perintah supaya identiti gadis itu tidak didedahkan.
Remaja itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Feb lepas atas pertuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Seri Bandi, Kemaman, Terengganu antara 7 dan 9 pagi pada 8 Feb.
Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan dan permohonannya untuk dirujuk bagi penilaian kesihatan mental turut ditolak oleh mahkamah sama.
Remaja itu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Terengganu untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret yang tidak membenarkannya diikat jamin namun ditolak pada 8 Mac.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan sebahagian permohonan semakan remaja itu dan memerintahkan agar dia dirujuk untuk menjalani penilaian psikiatri.
Dia kemudiannya memfailkan permohonan dibenarkan diikat jamin di Mahkamah Rayuan.
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hukuman itu akan digantikan dengan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.
-Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu