Alami Kejatuhan Harga Mendadak, 22 Pelabur Kriptowang LUNA Dilaporkan Bunuh Diri

Alami Kejatuhan Harga Mendadak, 22 Pelabur Kriptowang LUNA Dilaporkan Bunuh Diri

Sebut mengenai kriptowang, pasti ramai yang cukup tahu di mana matawang digital ini dilihat sebagai teknologi masa hadapan di samping menjadi pilihan pelabur dalam meraih keuntungan berganda.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah apabila keadaan ekonomi dunia mengalami penurunan mendadak atas beberapa faktor yang membuatkan sejumlah besar saham dan kriptowang mengalami kejatuhan nilai yang mendadak.

Di samping penurunan nilai, kriptowang LUNA antara yang menjadi buah mulut orang ramai pada kali ini apabila nilainya sekitar $119.18 (~RM524.14) sekitar bulan lalu kita jatuh sehingga $0.0006 (RM0.026) setakat artikel ditulis.

Kejatuhan nilai kriptowang LUNA yang turut menjadi pilihan sejumlah besar pelabur selepas berada dalam 10 kriptowang popular sebelum ini telah membuatkan ramai pelabur mengalami stres selepas didakwa kehilangan 98% daripada wang simpanan dan juga rumah.

Lebih tragis, dilaporkan sehingga kini terdapat 22 pelabur LUNA yang sudah memilih jalan untuk bunuh diri gara-gara tidak dapat menanggung kehidupan berikutan kehilangan wang simpanan dan juga pelaburan. Tidak kurang juga yang mahukan Do Kwon selaku pengasas kepada kriptowang LUNA untuk bertanggung jawab atas apa yang berlaku.

Menerusi insiden yang berlaku, diharapkan agar orang ramai dapat mengambil iktibar untuk cuma melabur dengan jumlah yang sanggup rugi. Selain itu, para pelabur juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan atau kriptowang yang mahu dilabur agar situasi yang sama dapat dielakkan. Vc

Alami Kejatuhan Harga Mendadak, 22 Pelabur Kriptowang LUNA Dilaporkan Bunuh Diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker