Ismail Sabri bertemu Biden bersama pemimpin Asean
Ismail Sabri bertemu Biden bersama pemimpin Asean
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN di Rumah Putih.
Presiden Biden mengadakan pertemuan dengan pemimpin ASEAN untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula semalam.
Mereka kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Biden di Rumah Putih.
Sidang kemuncak khas dengan pemimpin negara Asia Tenggara itu kali kedua dianjurkan oleh Presiden AS di negara ini.
Pada Februari 2016, Presiden ketika itu, Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California.
Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri pertemuan kali ini ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia, Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos, Dr Phankham Viphavanh juga menghadirinya.
Filipina yang kini mengadakan pilihan raya umum diwakili Setiausaha Luar Teodoro Locsin Jr.
Tiada wakil dari Myanmar, negara di bawah pemerintahan junta berikutan rampasan kuasa 1 Februari 2021.
Sebelum ini dilaporkan bahawa pentadbiran Biden menetapkan sebagai keutamaan untuk menjadi rakan yang kukuh dan boleh dipercayai di Asia Tenggara.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS secara maya pada Oktober tahun lepas, Biden mengumumkan US$102 juta (RM448 juta) dalam inisiatif baharu untuk mengembangkan pembabitannya dengan ASEAN.
Ia meliputi pemulihan COVID-19, kesihatan, keselamatan, menangani krisis perubahan iklim, merangsang pertumbuhan ekonomi yang meluas dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat. BH
Ismail Sabri bertemu Biden bersama pemimpin Asean
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.