Ismail gesa AS amal agenda perdagangan lebih aktif dengan Asean

Ismail gesa AS amal agenda perdagangan lebih aktif dengan Asean

WASHINGTON: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menggesa Amerika Syarikat mengamalkan agenda perdagangan dan pelaburan yang lebih aktif dengan Asean.

Ini akan memberi manfaat kepada Washington dari segi ekonomi dan strategik, katanya.



Bercakap di Washington, di mana pemimpin Asean berkumpul untuk sidang kemuncak dua hari dengan Presiden Joe Biden, Ismail menjelaskan kekecewaan yang dirasai di Asia sejak bekas presiden Donald Trump meninggalkan pakatan perdagangan serantau pada 2017.

Beliau berkata, AS adalah rakan kongsi penting bagi Asean, iaitu sebagai pelabur langsung asing terbesar dan rakan dagangan kedua terbesar dengan perdagangan dua hala bernilai USD308.9 bilion pada 2020.

Beliau memberitahu forum perniagaan AS dan pemimpin Asean lain bahawa wabak Covid-19 menjelaskan kepentingan perdagangan dan kerjasama antarabangsa serta jalinan rantaian bekalan serantau.

“Oleh itu, AS harus mengamalkan agenda perdagangan dan pelaburan yang lebih aktif dengan Asean, yang akan memanfaatkan AS dari segi ekonomi dan strategik,” katanya.



Ismail merujuk kepada pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), iaitu satu inisiatif disokong China, yang dilihat oleh Asean sebagai alat penting untuk merancakkan perniagaan dan aktiviti ekonomi serantau melalui pengurangan ketara dalam halangan perdagangan.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 6,200 syarikat AS beroperasi di Asean, kebanyakannya menggunakan rantau itu sebagai platform pengeluaran untuk mengeksport ke rantau ini dan ke luarnya.

“Untuk memajukan pertumbuhan, saya menggalakkan perniagaan AS dengan memanfaatkan FTA terbesar, dengan pasaran meliputi 15 negara, terdiri daripada 2.3 bilion orang atau hampir satu pertiga daripada populasi global dan KDNK dunia dan mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan luas yang dibentangkan,” katanya.

Pada sidang kemuncak maya dengan Asean Oktober lepas, Biden berkata, Washington akan memulakan perbincangan untuk membangunkan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) bagi lebih melibatkan diri dengan rantau itu sewaktu AS berusaha untuk melawan pengaruh China yang semakin meluas.



Ini bertujuan untuk menetapkan piawaian serantau bagi kerjasama, tetapi pada masa ini ia tidak menawarkan akses pasaran diperluas yang diidamkan oleh negara-negara Asia. FMT

Ismail gesa AS amal agenda perdagangan lebih aktif dengan Asean


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker