Anwar Tidak Buat “Homework” Atau Dia Memang “Blur” Ekonomi

Oleh Nurul Aisyah

Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara semalam mendedahkan kelemahan Anwar dalam bidang ekonomi.

Sebagaimana yang kita tahu, Anwar berkelulusan Pengajian Melayu (sastera) dari Universiti Malaya. Beliau secara ilmiahnya sudah tentu kurang arif dalam bab ekonomi.



Sekiranya beliau membuat “homework” atau persiapan berkenaan topik perdebatan semalam maka tidaklah beliau kelihatan terpinga-pinga atau “blur” ketika Datuk Seri Najib membentangkan isu ekonomi negara.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.

Anwar Ibrahim dilihat gagal membuat persiapan untuk acara debat tersebut.



Datuk Seri Najib pula mampu mengeluarkan statistik dan data, yang nampaknya gagal disangkal oleh presiden PKR itu.

Komen Najib tentang bagaimana pekali Gini, yang mengukur jurang pendapatan, menyusut semasa beliau menjadi perdana menteri tetapi berkembang dalam tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah yang menunjukkan kegagalan PHtelah menyebabkan Anwar terpinga-pinga dan tidak mampu bertindak balas terhadap perkara ini.

Anwar dilihat gagal memahami ekonomi, geopolitik, malah isu sosial negara.

Datuk Seri Najib meletakkan statistik dan data daripada pengalamannya sebagai bekas perdana menteri dalam mempertahankan pandangannya, terutama mengenai Sapura dan masa depan Malaysia.



Beliau sangat fokus pada kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi untuk Malaysia. Rakyat dapat menilai siapa yang lebih berwibawa dan menang dalam perdebatan semalam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker