Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
Seorang warga Malaysia dipenjara empat minggu dan denda SGD5,000 (RM15,800) oleh mahkamah di Singapura kerana cuba merasuah anggota polis trafik untuk mengelak ditahan selepas mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
Krishna Rao Narisama Naidoo, 35, mengaku salah atas tiga pertuduhan termasuk berkaitan rasuah serta memandu di bawah pengaruh alkohol.
Dia turut dilarang memandu selama 30 bulan, selain perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama lima minggu kerana tidak dapat menjelaskan dendanya.
Mahkamah diberitahu, dalam kejadian 21 Nov tahun lalu itu, Krishna meminum tiga tin bir di rumahnya sebelum keluar menuju ke tempat kerjanya di Pioneer Place. Di lokasi itu, dia meminum dua lagi tin bir sebelum pulang ke rumah menaiki motosikal, pada 10 malam.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sunil Nair, Krishna terlelap dalam perjalanan pulang, seterusnya hilang kawalan dan terjatuh. Polis yang dihubungi orang awam kemudian datang menyiasat kejadian dan mendapati bau alkohol yang kuat pada Krishna.
Bagaimanapun, selepas mengakui dia mabuk dan menjalani ujian pernafasan alkohol, Krishna cuba menghulurkan SGD5 dan kemudian SGD50 kepada anggota berkenaan dengan berkata: “Kamu ambil ini, kita tutup kes dan saya pulang ke rumah dan tidur.”
Akibatnya anggota polis terbabit terus menahan Krishna.
Dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Krishna berkata dia perlu menjaga isterinya yang tidak sihat dan hamil.
Ketika menjatuhkan hukuman Hakim Eugene Teo berkata: “Memang keadaan kamu sukar, namun tuduhan rasuah ini amat serius.” FMT
Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
Baca Artikel Menarik:
- Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat
- Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri
- Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’
- PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]
- Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya
- PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin
- PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am
- Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’
- Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout
- Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?
- Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania
- Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET