Sapura Energy muflis, rakyat rugi – Najib

Sapura Energy muflis, rakyat rugi – Najib

Sapura Energy Bhd. (SEB) yang sedang menghadapi masalah kewangan merupakan syarikat perniagaan strategik buat negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana SEB mempunyai 10,000 anak tempatan kemahiran tinggi dan 4,000 vendor utama.

Jelas beliau, pada masa sama, ia juga adalah syarikat yang dimiliki dana rakyat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Kenapa Sapura perlu diselamatkan kerana terdapat 10,000 anak tempatan kemahiran dan 3,000 vendor. Sapura juga milik rakyat Malaysia dan keputusan itu dibuat ketika Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kalau Sapura tak dimiliki PNB saya pun tak minat berdebat dan 10 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera dan kerajaan akan kerugian RM5 bilion kalau Sapura gagal.

“Kita perlu ingat Sapura pernah menjadi syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Debat Perdana antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan MATIC di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Najib bersetuju setuju agar penyelewengan dalam SEB perlu diambil tindakan.

Namun tegas beliau jangan biar SEB itu muflis dan yang rugi adalah rakyat negara ini.

“Tapi jangan biar Sapura muflis kerana yang rugi rakyat Malaysia,” katanya.

Najib turut berhujah agar Malaysia perlu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam menentu hala tuju pada masa akan datang.

Ujar beliau, negara perlu melakukan transformasi menyeluruh menerusi empat aspek.

“Kita lakukan transformasi menyeluruh bukan reformasi menerusi ekonomi yang kukuh, sektor korporat berdaya saing, kestabilan politik dan mobiliti sosial,” katanya. MG

Sapura Energy muflis, rakyat rugi – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker