Sektor minyak dan gas sumbang 20 peratus KDNK negara – Najib

Sektor minyak dan gas sumbang 20 peratus KDNK negara – Najib

Sektor minyak dan gas (O&G) diakui amat penting dan strategik kerana menyumbang 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sektor itu juga telah menampung 60,000 pekerjaan dan memberi peluang perniagaan kepada 4,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).



Justeru tegas, langkah menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB) penting kerana syarikat itu milik rakyat dan menjadi firma strategik serta menguntungkan negara jika diselamatkan.

“Sektor ini memiliki nilai yang bukan sedikit tetapi RM383 billion. Jadi, adalah merugikan jika Sapura Energy tidak diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan MATIC di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut mencadangkan agar Petronas mengambil alih SEB yang juga syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia.



Jelas beliau, cadangan itu antara dua syor selain melalui pinjaman bank yang dijamin kerajaan. MG

Sektor minyak dan gas sumbang 20 peratus KDNK negara – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker