Ekonomi ibarat kek, kembang dan agih kepada rakyat – Najib



Ekonomi ibarat kek, kembang dan agih kepada rakyat – Najib

Negara sepatutnya mengutamakan peningkatan ekonomi dengan menambah pelaburan negara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menggunakan analogi sebiji kek, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, kerajaan harus membesarkan kek sebelum ia dipotong dan dibahagikan kepada rakyat.

“Bagi mengembangkan kek kita, jangan jual aset. Kalau jual, seolah-olah ketuhar pun kita jual. Dahulu kita mempunyai hasil besar daripada GST (cukai barang dan perkhidmatan).

“Kalau hari ini ada GST, kita ada hasil tambahan RM30 bilion untuk beri subsidi kepada nelayan, pekebun kecil.




“Zaman BN (Barisan Nasional) dulu, kita beri elaun RM300 kepada nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan MATIC di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Najib turut mencadangkan projek infra rakyat diteruskan sebagai langkah reset dengan matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Jelas beliau, projek-projek tersebut terbukti boleh membawa kepada pembangunan ekonomi negara.

“Bila bangunkan ekonomi negara, rakyat untung. Pekerjaan dapat disediakan dengan berjuta-juta bilangannya,” katanya.




Sementara itu, Debat Perdana yang julung kali diadakan malam ini mendapat kerjasama empat media iaitu MalaysiaGazette, Sinar Harian, Astro Awani dan Sin Chew Daily. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Ekonomi ibarat kek, kembang dan agih kepada rakyat – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Leave a Reply

Your email address will not be published.