Syukur saya masih popular – Sharifah Shahirah

Syukur saya masih popular – Sharifah Shahirah

Tiada yang lebih mengujakan selain peluang mengendalikan acara anugerah besar seperti Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 buat artis serba boleh, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Sheira.

Selepas sekian lama menanti, Sheira teruja berganding dengan Sherry Alhadad pada malam kemuncak menghimpunkan penggiat dan tenaga kreatif di sebalik pembikinan drama tempatan itu.



Penyampai radio Suria FM ini berbesar hati kembali ditawarkan menjadi hos acara anugerah terbitan TV3. Kali terakhir Sheira beraksi sebagai pengacara program terbitan TV3 adalah pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bersama Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak.

“Apabila dipanggil kali ini, saya pergi sahaja. Sebelum ini, ada juga stesen televisyen (TV) panggil tetapi dalam mesyuarat, nama saya selalu ditolak.

“Alhamdulillah, kali ini TV3 terbuka hati panggil saya semula. Dapat pula mengacara dengan Sherry. Kami ada pertalian darah di mana bapa Sherry dan nenek saya adalah adik beradik.

“Dahulu kami bergandingan tetapi dalam program yang tidak popular. Sekarang, Alhamdulillah dalam program popular.



“Sudah lama saya kenal Sherry. Jadi, saya tiada masalah (bekerja dengan Sherry). Sebenarnya, saya tiada masalah mengacarakan majlis dengan siapa pun. Saya suka ikut pasangan dan saya akan jadi diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Sheira berkata, dia perlu membuat kajian mengenai drama yang bersaing dalam TADS 2023. Sebelum ini, Sheira mengaku agak ketinggalan dan kurang mengikuti tayangan drama terbitan TV3 akibat jadual kerjanya.

“Kadang-kadang, saya hanya tahu pelakon kontroversi sahaja. Jadi, saya kena buat ulang kaji. Apabila ditanya di atas pentas tadi (sidang media TADS 2023 di IOI City Mall kelmarin) pun, saya teragak-agak jawab, jadi saya perlu kerja lebih,” katanya.

Tidak putus menerima tawaran menjadi pengacara sehingga hari ini, Shiera meminta kebenaran daripada Suria FM bagi menghormati majikannya.



“Saya berbincang dengan pengurusan stesen radio dan mereka beri kebenaran. Suria FM tidak pernah menyekat, mereka lagi suka saya terima tawaran mengacara di mana-mana pun.

“Syukur, saya masih relevan, di mana saya banyak menjadi hos pada majlis tertutup. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sukakan saya lagi,” katanya. BH

Syukur saya masih popular – Sharifah Shahirah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker