Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’

GEORGETOWN: ”Bagai peluang kedua untuk hidup.”

Itu gambaran Mohd. Fadhli Abd. Latib, 39, ketika mengimbas kembali pengalamannya yang terpaksa ditidurkan selama 21 hari akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.

Lebih memilukan, selepas seminggu ditidurkan di Hospital Pulau Pinang (HPP), bapanya, Abd Latif Mohd Ali, 71, meninggal dunia akibat dijangkiti virus sama, malah sebagai anak, Mohd. Fadhli tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

Selain arwah bapanya, isteri, Siti Hajar Arshad, 34, dan anak mereka, Luqman Athar, 8, turut dijangkiti Covid-19, namun mereka bernasib baik kerana kembali pulih daripada wabak berkenaan.

Mohd. Fadhli, kakitangan di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tempoh pemulihan selepas sedar daripada ditidurkan amat getir seperti kehilangan berat badan lebih 20.

“Saya tidak dapat berjalan selepas keluar dari HPP dalam tempoh lebih sebulan kerana kaki kiri saya tidak dapat bergerak disebabkan virus Covid-19 menyerang saraf.

”Saya bernasib baik kerana isteri dan ahli keluarga serta rakan-rakan banyak membantu dalam proses kepada pemulihan saya,” katanya ketika ditemui di Sungai Dua, di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Fadhli, Covid-19 turut membuatkan dia seperti hilang ingatan sebaik sedar daripada tidur seperti tidak mengingati siapa isterinya.

“Ketika isteri datang bertemu saya selepas sedar, saya bertanya siapa wanita ini.

“Proses ingatan saya untuk kembali pulih berjalan perlahan-lahan dan kini hanya kaki saya tidak mampu bergerak atau berjalan terlalu lama, ingatan telah pulih sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, sebagai bekas pesakit Covid-19 dia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati kerana wabak itu masih wujud dalam kalangan masyarakat.

”Kita tidak boleh leka dan lalai, perlu sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), sentiasa pakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri,”katanya

Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker