Syarikat penyembelihan halal di Australia langgar prosedur, Jakim mulakan siasatan

Syarikat penyembelihan halal di Australia langgar prosedur, Jakim mulakan siasatan

JABATAN Kemajuan Islam (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah dalam kenyataan hari ini berkata siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan juga pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agriculture, Water and the Environment’ (DAWE).



Beliau berkata perbincangan antara Jakim dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia juga telah diadakan pada 28 April lepas, bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara tersebut termasuk melibatkan pegawai Jakim sekiranya ada.

Hakimah berkata Jakim juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut demi kepentingan semua pihak.



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengam Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia, yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal Jakim.

Presiden Pekemas Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia dilaporkan berkata berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di TFI, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas pelanggaran protokol penyembelihan. Utv

Syarikat penyembelihan halal di Australia langgar prosedur, Jakim mulakan siasatan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen



Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker