Peletakan jawatan PM Sri Lanka ‘disambut’ rusuhan ganas

PENYOKONG kerajaan bertembung dengan polis di luar pejabat Presiden Sri Lanka di Colombo. – AFP

COLOMBO: Rusuhan ganas tercetus di seluruh Sri Lanka sehingga tujuh orang dilaporkan maut termasuk seorang ahli parti pemerintah yang membunuh diri selepas menembak mati penunjuk perasaan.

Hampir 200 orang cedera dalam rusuhan itu ditengah-tengah Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa melepaskan jawatan selepas bantahan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinannya diadakan sejak beberapa minggu.

Ahli Parlimen, Amarakeerthi Athukorala antara individu maut dalam rusuhan paling teruk sejak krisis bermula.

Dilaporkan, seorang lagi ahli politik dari parti pemerintah menembak mati dua penunjuk perasaan lain.

Polis mengesahkan Athukorala menembak dua orang dan kemudian membunuh diri selepas sekumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mengepungnya di luar Colombo.

Katanya, pengawal peribadi Athukorala juga ditemukan maut di lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa, seorang lagi ahli politik parti pemerintah pula melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar selatan Weeraketiya, sehingga membunuh dua dan mencederakan lima lagi.

Puluhan kediaman ahli politik parti pemerintah diserang kumpulan antikerajaan yang marah di seluruh pulau itu selain membakar rumah dan kenderaan.

Terdahulu, penyokong kerajaan bertempur dengan penunjuk perasaan di Colombo berhubung krisis ekonomi terburuk Sri Lanka sejak kemerdekaan negara itu pada 1948.

“Kami dipukul, media dipukul malah wanita dan kanak-kanak juga diserang,” kata seorang saksi yang enggan identitinya didedahkan ketika puluhan orang dikejarkan ke hospital.

Kumpulan antikerajaan turut mendesak Presiden Gotabaya Rajapaksa, adik kepada Mahinda untuk melepaskan jawatan.

Serangan oleh kumpulan antikerajaan dilaporkan di seluruh pulau itu walaupun selepas polis mengisytiharkan perintah berkurung terbaharu.

Sri Lanka mengerahkan ribuan tentera dan polis untuk melaksanakan perintah berkurung.

Ribuan penunjuk perasaan cuba menyerbu kediaman rasmi Mahinda di Colombo dan membakar sebuah trak di pintu masuk ketika mereka melanggar pintu utama.

Sementara itu, Duta Amerika Syarikat (AS) ke Sri Lanka, Julie Chung menerusi ciapan menegaskan Washington mengecam keganasan terhadap protes yang aman.’

AS juga menggesa kerajaan Sri Lanka `menjalankan siasatan penuh termasuk menahan dan mendakwa mana-mana individu yang didapati menghasut keganasan’. – REUTERS

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker